Online Diary ♔ TERUKIR DI BINTANG ツ: Apa Boleh Buat Di Masa Cuti ?

Tuesday 27 December 2011

Apa Boleh Buat Di Masa Cuti ?

Sekarang ney time cuti .
Tidak kira la pelajar IPT atau pelajar sekolah .
Semuanya sedang bercuti .
kakitangan kerajaan juga ada yang bercuti .
Ye lah, sempena cuti sekolah katakan .

Bagi sesetengah orang cuti itu memang menyeronokkan ,
terutamanya yang sudah ada perancangan
kalau tidak pun , yang ada ramai kawan dikampung ,
dan berbagai rancangan yang ada .

Walau bagaimanapun , ada juga bagi sesetengah orang , cuti itu membosankan .
sebab ada juga yang bercuti tetapi kerjanya hanya memerap di rumah .
bangun tengah hari , makan , main sampai malam kemudian makan dan tido semula .
Itu betul² bercuti namanya :)

Apa salahnya kalau anda jadikan cuti anda sebagai sesuatu yang menyeronokkan .
Ya , anda sendiri yang menentukan samada cuti anda menyeronokkan atau membosankan .
Disini , dengan akal dan pendapat aku sendiri , aku cuba untuk nyatakan apakah yang boleh dilakukan semasa cuti untuk menjadikan cuti anda sebagai sesuatu yang menyeronokkan .

Apa yang aku letak ini hanyalah pendapat sahaja .
Ada berhak untuk menilai dan memilih sendiri  :)

1) Melawat kawan
Ini merupakan antara perkara yang mesti dilakukan setiap kali menjelang cuti , kerana pada masa inilah anda dapat berkumpul untuk bercerita kisah masingmasing . Tidak lupa juga untuk bergelak tawa mengenangkan kisah lama bersama kawankawan anda . banyak bukan kisah yang ingin diceritakan ?




2) Buat sesuatu perkara di rumah.
Pikir atau bincang dengan keluarga anda, apa projek yang masih terbengkalai.? Inilah masanya untuk anda menunjukkan kebolehan dan kehebatan anda sebagai seorang pelajar yang bukan sahaja belajar semata², tetapi anda juga boleh melakukan kerja. Itu baru namanya terpelajar.
Mana la tahu kot² ada pagar yang perlu dibaiki, mengecat rumah, atau menambah pondok kecil di tepi rumah. Bukankah sungguh bermakna apabila projek itu siap.?




3) Lakukan hobi lama anda contohnya memancing
Biar betul memancing.? Ini sebenarnya bagus kepada kaki pacing. kalau tak memancing pun, apa kata anda teman orang yang pergi memancing. Kebanyakkan orang tidak suka memancing kerana dianggap perkara ini membuang masa. tetapi, bukankah itu lebih baik dari anda tido dari malam sampai tengah hari di waktu cuti.?. Dan jika anda ada hobi lama yang anda sudah hampir tinggalkan, apa kata kalau anda mekarkan semula.:)




4 ) Belajar English
Apa.? biar betul aku ni. balik cuti pun hendak belajar.? Owh, jangan salah anggap. Bukannya belajar subjek² yang susah. MAcam aku ini yang bukannya pandai sangat bahasa orang putih ini, tapi elok juga masa terluang seketika pada waktu tengah hari dan juga sebelum anda tido untuk tengok majalah english dan cari makna perkataan yang anda tidak paham. Bukannya suruh anda belajar english dari pagi sampai malam.:).



5) Bersukan.
Bagi sesetengah orang, memang tiada masalah dengan bersukan ini. Kadang tu memang tujuan balik untu bermain.:) Tetapi bagi yang tidak biasa bermain dengan orang ramai atau yang kurang bergaul dengan orang sekitar, anda juga boleh bersukan. samda berjogging, gim atau buat latihan² ringan yang terdapat di kawasan rekreasi. Barulah apabila naik cuti badan anda maintain.:)



6) Beramah mesra.
Bagi yang kurang mesra dengan penduduk kampung atau kawasan perumahan, inilah masanya.
Tidak perlulah terus ketuk rumah dan berbincang pasal hubungan, cukuplah sebagai permulaan bertegur sapa apabila berjumpa di kedai runcit, kalau tidak pun join berbual² di kedai makan, selain itu anda boleh juga mintak izin untuk join bermain di padang.



7) Berkelah / berkemah
Ini boleh dikatakan antara aktiviti yang akan membawa banyak kenangan berbanding anda melakukan aktiviti² lain. Anda boleh pilih untuk ke pantai, atau air terjun, atau apa² sahaja tempat yang dirasakan sesuai. Ye la, seronok kan. anda juga boleh mengabadikan kenangan anda dalam bentuk gambar dan video. dan semestinya anda akan berbincang lagi mengenainya pada masa² akan datang.:)






8) BERKAHWIN.
APA..????
Hoho. gurau je la. jangan kawin bettul2 lak.
kan nanti bila buka cuti ramai yang berkahwin.
nanti bila orang tanya kenapa kawin, sebab baca dalam blog ini.
kan aku yang susah hendak menjawab dengan ibu bapa korang..:)


Sebenarnya banyak lagi perkara yang berguna yang anda boleh isi pada masa cuti.
anda lakukanlah apa sahaja yang anda rasa bagus untuk diri anda.
asalkan anda menjaga keselamatan diri anada.
dan elakkan daripada menimbulkan masalah kepada sesiapa sahaja.
Jika segalanya berada di landasan yang betul, maka cuti anda adalah cuti yang begitu bermakna.:).


Siapa ada cadangan lagi apa yang elok untuk dilakukan pada masa cuti ? :)


Terima kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya, Like Kalau Suka ♥

No comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen