Online Diary ♔ TERUKIR DI BINTANG ツ: Kalau korang diberi pilihan sebegini ?

Monday 26 December 2011

Kalau korang diberi pilihan sebegini ?

Dalam hidup , kita sentiasa mempunyai pilihan , ataupun peluang untuk sesuatu . Tidak kira samada pilihan itu melibatkan diri sendiri ataupun orang lain . Disebabkan wujudnya pilihan ini , anda pada ketika itu perlu membuat keputusan & keputusan yang anda hendak buat , semestinya terdapat banyak faktor sekeliling yang mempengaruhi & ada kalanya kita terpaksa buat keputusan yang begitu strict = =''


Andaikan anda berhadapan dengan situasi sebegini , andaikan sahaja Oke !


             Anda dan seorang lagi kawan anda memancing di tengah lautan menggunakan sebuah sampan yang memang boleh memuatkan hanya untuk dua orang . Jika lebih 2 orang , sampan anda boleh karam ,  Ketika di tengah lautan , anda terserempak dengan seorang nelayan yang sampannya sedang bocor dan air mencurah² masuk ke sampannya yang sedang bocor itu . Dia merayu² meminta pertolongan anda . HAA . .


Apa keputusan yang anda akan buat  ? ?
 Tolong - Walaupun anda tahu risikonya
Biarkan - Kerana anda tahu risikonya
Sebelum korang baca seterusnya '' berdasarkan pandangan saya lha '' , apa kata kalau anda pikir dahulu apa keputusan yang anda akan buat untuk situasi di atas , Tolong atau Biar je ?
Oke , berikut adalah keputusan yang saya akan buat jika saya berhadapan dengan situasi di atas ..


Keputusan saya adalah : Biarkan .

Terasa seperti agak kejam bukan kerana membiarkan orang yang meminta tolong kan . Tetapi itulah keputusan yang saya akan buat . . O,o



Kenapa biarkan  ?

- Kerana risikonya memang terang - kalau tolong sampan yang dinaiki juga akan tenggelam
- Lebih baik biarkan seorang , berbanding ketiga-tiga bermasalah .
- Pastikan yang ada selamat dahulu sebelum selamatkan yang lain .
- Tahu ianya melibatkan nyawa dan perasaan , tetapi disebabkan melibatkan nyawa dan perasaan , dalam situasi ini nelayan itu perlu dibiarkan .
- Kalau anda biarkan , seorang mati lemas . Kalau tolong , ketigatiga  mati lemas termasuk anda . So , kalau anda tolong , sebenarnya anda bukan menolong .
- Kasihan ? - pikirkan keselamatan anda dan kawan anda .


Note : Situasi di atas adalah satu andaian untuk mengetahui bagaimana anda membuat keputusan . Pelbagai lagi situasi yang memerlukan anda membuat keputusan yang sangat kritikal , bagi saya perlu memikirkan diri sendiri dan orang yang berada dalam zon selamat dahulu . Walaupun untuk keduadua keputusan itu tiada yang ' salah ' secara nyata .
Keputusan di atas yang saya buat adalah berdasarkan dari diri saya . Korang mungkin mempunyai keputusan yang sama dengan saya tetapi sebab yang berbeza . Atau , korang mungkin juga memilih keputusan untuk Menolong .


Korang dari pandangan korang la .'' Kira korang belum baca entri , tapi baca situasi je '' ,

Korang tolong OR biarkan  ?

Feel free to drop your comment dear -,-

Terima kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya, Like Kalau Suka ♥

No comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen