Online Diary ♔ TERUKIR DI BINTANG ツ: February 2012

Thursday 16 February 2012

slowly changing , it takes time .






Salam 1 Malaysia :) Hehe , walaupun cuti saya tetap bangun awal . Alhamdulillah . walaupun saya tahu tak ramai yang akan berminat nak baca , tapi saya tahu awak baca jugakkan ? malu lahtuu nak ngaku .

Biasanya , dulu ayah saya selalu bawak balik info info tentang agama . Boleh dikatakan banyaaak sangat . Tapi sekarang dah takde dah . So , sekarang saya nak share sikit . Mungkin ada yang tahu . atau ada yang tak nak amik tahu . tapi orang cakap tak salah cuba . Mana tahu ada yang tak tahu kan kan kan , hehehe belit kan ? Oh , sebelum tu . saya jumpe ayat ni dekat page Heliza Helmi . Tak kenal ? Sila google n_n

# Jangan kite sangka kawan kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa , Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak di uji , Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna . Hakikatnya -- Dia menegur kita untuk mengingati dirinya juga , Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga , dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka , kawan kita itu bukanlah malaikat , dia juga manusia , Bersangka baiklah , dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga  bersama-sama '',) #


Err .. ntah kenapa saya rasa macam nak update pasal ni . Maybe tak semua . Tak semua pernah rase . Maybe jugak korang rasa wayar dekat kepala saya macam dah tercabut but .. Yeah ! i just want to share . Pernah tak awak dan awak rase macam ni ?


1) masa awak solat awak rasa macam nak nangis masa tu jugak ?
2) Pernah tak masa awak berdoa awak mengalirkan air mata ?
3) pernah tak selepas awak habis berdoa awak rasa tidak mahu berganjak dari sejadah ?
4) pernah tak awak rasa tidak mahu  lepaskan al-Quran lepas awak habis baca dan awak peluk ?
5) Pernah tak awak termenung dan tiba-tiba air mata awak mengalir kerana teringat dosa lalu awak ?


pernah tak ? awak pernah rasa ? Dan awak tahu ? Saat awak membawa al-quran , syaitan biasa biasa saja . tengok je . saat awak membukanya , syaitan mula curiga . saat awak membacanya , syaitan mula resah dan gelisah . saat awak memahaminya , syaitan kejang kekejangan . saat anda mengamalkan al-quran dalam kehidupan seharian , syaitan mula stroke . teruskan membaca dan mengamalkan agar syaitan terus stroke . saat awak ingin menyebarkan pesanan ini , syaitan mula mencegahnya . syaitan kata jangan sebarkan , kerana ia tidak penting langsung . Maaf syaitan , saya terlalu degil n_n . Masih ingat bila kali terakhir awak membacanya ?






Terima kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya, Like Kalau Suka ♥

Tuesday 7 February 2012

Budak Baru Belajar



Err ... ' awkward ' secara faktanya saya ni bukannya seorang yang mudah berbual dengan semua orang . Kalau dah betul betul kenal dengan orang tu , mulut saya tak akan berenti untuk tidak bercakap , Hee pelikkan . Takde lha , means kalau orang tu memang rapat dengan saya akan tahu macam mane diri saya yang sebenarnya . Korang fahamkan ? kalau tak faham sila hentuk kepala pada dinding 3x ==' mwehehe . Terlebih gedik walaupun saya agak pemalu tapi mulut saya ada masanya dia aktif nak bercakap . Oh , mungkin jugak jari saya lebih faham apa yang hati saya nak luahkan :D

Sebenarnya kan dah hampir 3 bulan saya pikir nak buat belog ke tak ? Since hari terakhir sekolah after jawab kertas BIOLOGY , woo im so scared :O . Subject bio lah yang paling boleh buat saya kecut perut taw , hee . Hei , sape kate subject ni senang ? maybe orang yang fikirannya cepat pick up tu bole lha . Kadang kadang time belajar tu bole terfikir yang saya ni BODOH sangat ker ? Teeeet ..  nou , tak payah cakap pasal school sebab dengan jayanya saya dan rakan rakan seperjuangan telah menamatkan pembelajaran kami sampai Form 5 . tapikan sedih jugak sebab lepas ni susah nak jumpe rakan rakan laen sebab kebanyakan diorang dah start untuk mencari kerja . Wei  , asal skema sangat ayat nii . HEHE . But now , disebabkan adenye perasaan ingin tahu tentang dunia bloging , so i decide to sign up now . Hee so Hello ! Bloggers im new here (takdelah baru sangat) * lambai tangan * :)


Haa , lagi satu saya suka sangat tersangat suka MEMBACA . lagi lagi Komik and Novel . benda nii dah jadi hobi dalam diri saya , kadang kadang jari ni terlebih rajin men'search karya karya penulisan 2u yang best best . Syok tu . Kalau boleh dah besar nanti impian saya nak jadi kartunis . Tapi bila saya tengok balik lukisan saya yang HAMPEH terhampih hampeh tu je kan ? Editor belum tengok , agak dia dah reject dulu 'sigh' . nilah namanya IMPIAN TANPA BATASAN . Hoii ! ingat jalur lebar je tanpa batasan ? Impian pun bolehlah , Wikiki  '',)


Kalau buat belog , entry pertama kene nak perkenalkan diri ke ? sebab saya tak berapa faham diri saya . Jadi , sape sape yang tak kenal tu buat buat kenal lha ek ? Bolehlah . . nanti lama lama awak semua datang belog saya awak kenal saya jugak :) Insyaallah .


Yosh , saya rasa cukup sampai sini . Ada masa saya bukak cerita lagi heheeeh . Saya suka ketawa tapi orang cakap ketawa banyak tak bagus sebab buleh buat kita LUPA . Tapi orang cakap hidup kene happy ? pada saya biasa kalau orang happy dia nak ketawa . Tapi mungkin jugak kita happy kita senyum je tak gelak bahak kan ? mungkin sebab saya suka sangat perhati orang sekeliling saya jadi saya keliru dengan ragam manusia yg pelbagai ni . Oke , jumpe lagi tattttaaaa ~ Hakuna Mattata .

Terima kasih Kerana Sudi Membaca Entry Saya, Like Kalau Suka ♥

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen